Krew Kelana C Kunak  
 
  Sejarah Kumpulan 04/19/2024 2:26pm (UTC)
   
 

 

   

SEJARAH KUMPULAN

       Kelana C Kunak ditubuhkan secara rasminya pada Jun 2006 yang mana tiga ahli asalnya adalah dari Kumpulan Kelana B Kunak, iaitu Darkis Omar selaku Pemimpin kumpulan diikuti Jumat Mat Salleh dan Al-Aslam Alimuddin.
       Selepas perbincangan dengan pihak Majlis Pemimpin Tempatan, maka kumpulan ini telah mengadakan Kem Vigil yang Pertama pada 1hb Jun 2006 seramai 7 orang yang berumur dalam lingkungan 18 tahun dimana ia dikemudikan oleh Skiper Basir Batjo selaku Tim. Pesurujaya Daerah unit Kelana pada ketika itu. Selang sebulan kemudian setelah mendapat persetujuan semua ahli, maka Vigil ke-2 telah diadakan pada Julai 2006 bertempat di Padang Bandaran Kunak dengan pertambahan ahli sebanyak 6 orang lagi menjadikan jumlah ahli bertambah kepada 17 orang termasuk pemimpin kumpulan.
       Pembuka tahun 2007, pihak krew telah mencadangkan satu Perkhemahan peringkat daerah ke-4 kepada pihak Pesurujaya Daerah dan setelah diperkenankan maka bermulalah proses perancangan dan menjadikanya suatu realiti, dimana perkhemahan tersebut telah menarik ahli termasuk pemimpin Pengakap seramai lebih kurang 200 orang yang datang dari Sekitar Daerah Kunak, Kinabatangan dan Lahad Datu.
       Sehingga kini jumlah sebenar ahli Krew Kelana C Kunak ialah seramai 35 orang dan keseluruhannya masih menuntut di Sekolah menengah sekitar Kunak dan dan selebihnya melanjutkan pelajaran di IPT tempatan dan 
swasta.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  BERITA TERBARU
Ahli jawatan kuasa ....

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free