Krew Kelana C Kunak  
 
  Carta Oganisasi 03/28/2024 3:40pm (UTC)
   
 

MAJLIS PENGURUSAN KREW KELANA C KUNAK 2008
( Crew Executive )

 



Tugas dan Tanggungjawab Pihak Majlis

1. Ketua Krew
- Mengetuai Majlis Pengurusan Krew Pengakap Kelana.
- Mempengerusikan mesyuarat.
- Mewakili Krew dalam mana-mana mesyuarat bersama persatuan-persatuan lain.
- Menguruskan kumpulan, menetapkan jawatankuasa dan memastikan jawatankuasa yang ditetapkan 
  menjalankan tugas dengan sempurna dan memberi perhatian terhadap setiap kebajikan jawatankuasa.
- Memastikan program Krew berjalan dengan lancar dan mempunyai kemajuan.
- Memastikan tiada masalah antara ahli Krew dan menyelesaikan masalah yang timbul dengan baik.

2. Penolong Ketua Krew
- Membantu Ketua Krew sebagaimana yang boleh
- Mengambil alih tanggungjawab Ketua Krew jika dia tidak dapat ke sesuatu majlis

3. Setiausaha
- Mencatat minit mesyuarat.
- Membaca minit mesyuarat yang lalu.
- Membuat agenda mesyuarat dan memaklumkan ahli tentang mesyuarat yang akan diadakan.
- Menerima, menyimpan dan membaca semua urusan dalam mesyuarat.
- Menulis, mengutus dan menyimpan salinan urusan di luar mesyuarat. Kesemua akan dibaca dalam 
  mesyuarat yang akan diadakan.
- Menerima dan menyimpan laporan tentang ahli Krew.

4. Bendahari Eksekutif Krew
- Menerima dan menyimpan wang pembayaran daripada ahli Krew dan mencatatkan dalam akaun.
- Mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dibuat oleh ahli.
- Menimbang rekod perakaunan yang tepat untuk semua penerima, pembayaran dan tanggungan kewangan
   bagi setiap Krew.
- Membuat pembayaran yang sah bagi pihak Krew.
- Menyedia dan menghantar laporan tentang resit, belanjawan dan baki kewangan dalam mesyuarat.
- Menyediakan laporan belanjawan tahunan untuk diperiksa oleh juruaudit Krew dan dibawa dalam 
  Mesyuarat Agung Tahunan.

5. Den Warden
- Menguruskan kawasan perkhemahan dan bilik operasi Krew supaya kelihatan kemas dan selesa.
- Menyediakan jadual bertugas untuk ahli Krew dan memastikan kebersihan kawasan perkhemahan dan bilik
   operasi Krew.
- Memastikan kebersihan kawasan selepas digunakan oleh ahli Krew.
- Memastikan setiap kawasan mempunyai keperluan yang mencukupi terutamanya bekalan air pada masa
  perkhemahan.

6. Pegawai Log Aktiviti
- Membantu setiausaha Krew dalam segala urusan penyediaan kertas kerja dan minit mesyuarat
- Menguruskan semua laporan aktiviti Krew termasuk laporan bertulis, laporan bergambar dan cenderamata
  yang dikumpulkan dalam setiap aktiviti.

7. Kuartermaster
- Menguruskan segala peralatan dan keperluan Krew.
- Menyimpan senarai peralatan, rekod tentang pengeluaran dan pemulangan peralatan.
- Menyelidik dan mencadangkan pembelian peralatan bagi keperluan tambahan yang diperlukan oleh Krew.

8. Pegawai Perhubungan Awam
- Menonjolkan imej yang baik tentang Krew dan Persatuan Pengakap Malaysia kepada masyarakat dan 
  ahli-ahli Persatuan Pengakap negara yang lain.
- Menggunakan sebarang identiti yang baik daripada Krew dalam usaha menonjolkan imej Krew.
- Memastikan identiti Krew dapat menarik perhatian dan sesuai dengan remaja dan dewasa.
- Memperkenalkan Krew kepada Unit Pengakap Remaja yang terdekat dan menggalakkan mereka menyertai 
  Krew Pengakap Kelana selepas meninggalkan unit berkenaan.

9. Perwakilan
- Mewakili Krew dalam mesyuarat antara badan-badan rasmi.
- Mengutarakan cadangan-cadangan kumpulan dan menyokong cadangan yang dibuat seperti yang telah 
  diperintahkan.
- Memilih cadangan terbaik ( jika tiada arahan ) demi kepentingan Krew.
- Memaklumkan laporan dari mesyuarat yang telah dihadirinya kepada ahli Krew yang lain dalam 
  mesyuarat Krew.
- Tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa persetujuan ahli-ahli Krew kecuali pada masa tertentu.

10. Penyelaras Perkhidmatan.
- Menguruskan dan meyusun perkhidmatan Krew berdasarkan potensi untuk berkhidmat, jumlah ahli,
  kesediaan perkhidmatan, kelapangan masa, potensi dan komitmen ahli.
- Memastikan kerja-kerja perkhidmatan adalah berfaedah dan bermanfaat kepada mereka yang memerlukan
  dan berjalan dengan lancar selaras dengan cogan kata Kelana.
- Menguruskan kelengkapan yang cukup dan menyelia kerja atau memerintahkan perwakilan untuk berbuat
  demikian.
- Memastikan perkhidmatan adalah bercirikan program Krew dan seiring dengan matlamat Krew

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  BERITA TERBARU
Ahli jawatan kuasa ....

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free