Krew Kelana C Kunak  
 
  Pengenalan Kelana 03/29/2024 9:38am (UTC)
   
 

APAKAH PENGAKAP KELANA ?

   Pengakap Kelana adalah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia diantara umur 17 tahun setengah hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana.

   Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan diserata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli -ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.

   Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.


SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA

   Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk penubuhannya oleh para belia. Sebenarnya, Pengakap bermula sebagai persediaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan sebagai anisiatif oleh Lord Baden-Powell ( BP ) untuk pengakap darat di India dan Afrika semasa zaman perang.


Rover Moot 1939

   Selepas melalui Perang Boer di Afrika Selatan, BP telah menulis semula buku panduan latihan melalui pengalamannya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang untuk menggunakannya dalam organisasi yang wujud seperti Boys Brigade. Untuk menguji penyampaian idea di dalam buku tersebut, BP telah mengadakan satu Perkhemahan percubaan bersama 20 orang kanak-kanak lelaki di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Perkhemahan tersebut telah membuahkan kejayaan dan dipertimbangkan untuk menjadi permulaan kepada kegiatan berpengakap.

   Buku panduan tersebut, yang kini bertajuk Scouting for boys telah diterbitkan pertama kalinya pada bulan Januari 1908. Buku tersebut mendapat sambutan daripda sebahagian kanak-kanak lelaki serta sebilangan kecil kanak-kanak perempuan dan segera meletakkan idea BP sebagai sesuatu yang amat praktikal dan sangat wajar. Mereka membentuk patrol mereka sendiri dan kemudian menyedari keperluan bantuan daripada golongan dewasa, lalu melantik ketua sendiri daripada kalangan dewasa.

   Pergerakan Pengakap berkembang dengan cepat dari Britain ke negara-negara lain. Pengakap telah diwujukan di Malaysia pada tahun 1910, dua tahun selepas ia diasaskan di Britain. Pasukan Pengakap pertama di tubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh seorang rakyat Inggeris yang bernama Frank Cooper Sands. Bermula dari situ, pergerakan pengakap berkembang ke Tanah Melayu.

   Pada hari ini, pergerakan Pengakap telah kekal dan melebihi 200 buah negara di dunia dengan keahlian melebihi 28 juta orang. Tahun 1990 melihatkan kemunculan Pengakap di kebanyakkan negara Eropah Timur selepas terdapat jurang selama 40 tahun, sekali lagi Pengakap memaparkan Pengakap sebagai gerakan antarabangsa seluruh dunia.

   Pengakap lama yang ingin terlibat semula dalam kegiatan-kegiatan Pengakap telah mencadangkan supaya ditubuhkan satu kumpulan bagi ahli dewasa yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Pada tahun 1917, Pengakap Kelana dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Dewasa. Walau bagaimanapun, pada 1918, nama ini telah ditukar kepada Rover Scouts atau Pengakap Kelana.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  BERITA TERBARU
Ahli jawatan kuasa ....

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free